KEADAAN perkampungan setinggan dekat Kampung Seng Kee yang terbakar. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
KEADAAN perkampungan setinggan dekat Kampung Seng Kee yang terbakar. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


BEBERAPA penduduk dilaporkan maut dalam kebakaran setinggan di Kampung Seng Kee, dekat Sandakan, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 6.30 pagi itu, butiran mangsa dan anggaran rumah yang musnah terbakar belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya sudah memadamkan kebakaran dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Maklumat lanjut akan menyusul selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 10:42 AM