JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menggagalkan cubaan membawa masuk produk hasil ikan dengan menggunakan kereta jenis Toyota Avanza di Unit Laluan Kereta Import, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. FOTO Ihsan MAQIS Johor
JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menggagalkan cubaan membawa masuk produk hasil ikan dengan menggunakan kereta jenis Toyota Avanza di Unit Laluan Kereta Import, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. FOTO Ihsan MAQIS Johor
Nurul Amanina Suhaini


JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor mematahkan cubaan seludup produk kepingan ikan sejuk beku ke Singapura dengan anggaran berat 196 kilogram (kg) bernilai RM5,292.

Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, ia hasil pemeriksaan anggotanya terhadap kereta Toyota Avanza di laluan Unit Laluan Kereta Import, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, semalam.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 2 petang itu mendapati produk kepingan ikan sejuk beku berkenaan dibawa masuk tanpa sebarang permit import yang dikeluarkan MAQIS.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasakan di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 11:40 AM
Digital NSTP Subscribe