Syaherah Mustafa


PASANGAN pengantin baru mengambil inisiatif mengedarkan lebih 2,000 penutup mulut dan hidung kepada tetamu majlis perkahwinan mereka di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Kerian, di Kota Bharu, semalam.

Farkhan Mohamad, 26, dan isteri, Nur Tasnim Mohd Rozi, 26, masing-masing berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nur Tasnim bertugas sebagai jururawat di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala suaminya adalah Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan, Bandar 32, Bera, Pahang.

Nur Tasnim berkata, inisiatif itu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya dan suami memang merancang mengedarkan penutup mulut dan hidung ini dan pada masa sama memberi maklumat berhubung virus Covid-19,” katanya ketika ditemui.

Dia yang cantik mengenakan busana pengantin berwarna merah jambu berkata, permintaan terhadap produk itu juga menyebabkan mereka mahu mengedarkannya secara percuma.

“Jadi apa salahnya di majlis kami ini, ia diedarkan percuma supaya dapat menggembirakan tetamu yang datang.

“Kami sendiri bekerja dalam bidang kesihatan, jadi ia membuatkan kami lebih berhati-hati dan bersemangat untuk menyampaikan kepada masyarakat supaya lebih berjaga-jaga dengan Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 9:49 AM
    SEPASANG pengantin baru, Farkhan dan isteri, Nur Tasnim memakai topeng muka kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Kerian. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
    SEPASANG pengantin baru, Farkhan dan isteri, Nur Tasnim memakai topeng muka kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Kerian. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR