Tun Dr Mahathir. FOTO Arkib NSTP
Tun Dr Mahathir. FOTO Arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri pertemuan bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.

Pengerusi PPBM itu tiba jam 9 pagi diiringi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang lain.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Hamzah ketika ditemui wartawan berkata, pertemuan berkenaan baru saja berlangsung namun enggan mengulas lanjut butiran yang diperkatakan dalam majlis berkenaan.

Pertemuan itu dipercayai berkaitan dengan isu politik semasa negara dan puluhan pengamal media tempatan menunggu di kawasan itu, sejak awal pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 12:33 PM