AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tiba di Hotel Sheraton. FOTO NSTP
AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tiba di Hotel Sheraton. FOTO NSTP
Mohd Nasaruddin ParziMuhammad Yusri MuzamirAhmad Suhael AdnanFahmy A RosliSuraya RoslanRaja Noraina Raja Rahim dan Teh Athira Yusof dan Arfa Yunus

PEMIMPIN Barisan Nasional (BN) mula tiba di Hotel Sheraton ketika spekulasi pembentukan kerajaan baharu bertiup kencang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di hotel berkenaan pada jam 7.10 malam bersama beberapa Ahli Parlimen BN yang lain.

Antara sudah kelihatan, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba yang ditemui mengesahkan arahan diterima pucuk pimpinan parti untuk datang ke hotel ini, malam ini.

"Ya, arahan semua pemimpin (BN) ke sini. GPS, WARISAN, mungkin juga (hadir)," katanya ringkas ketika ditemui.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen PKR tiba di hotel ini.

Ahli Parlimen Jeli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mustapha Mohamad juga tiba sebentar tadi.

Berita berkaitan

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 7:27 PM