KENDERAAN yang membawa orang kenamaan keluar dari perkarangan Istana Negara. FOTO Aswadli Alias
KENDERAAN yang membawa orang kenamaan keluar dari perkarangan Istana Negara. FOTO Aswadli Alias
Noorazura Abdul Rahman


PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya mengkhianati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, dengan membentuk kerajaan baharu.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, situasi yang berlaku ketika ini disebabkan agenda peribadi pemimpin yang gelojoh kuasa sama ada daripada pembangkang atau dalam kalangan pimpinan PH sendiri.

Katanya, jika pimpinan PH tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, sepatutnya mereka menunggu mandat rakyat pada PRU akan datang dan bukannya berusaha membentuk kerajaan sendiri.

“Ini (wakil rakyat) pembangkang nak jadi kerajaan, padahal rakyat memang pilih mereka sebagai pembangkang. Mereka (kemudian) bentuk jadi muafakat nasional.

“Yang dalam kerajaan pun ada juga yang gatal nak gabung sekali jadi pakatan nasional, apapun kita tak hormat (mereka).

“Kalau betul berlaku pertukaran kerajaan, maka kita rasakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam proses demokrasi pilihan rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Srikandi Bersatu Kedah, Halimaton Saadiah Saad berkata, beliau tidak tahu mengenai khabar angin akan berlakunya pertukaran kerajaan.

“Saya baharu nak keluar pejabat, dengar kata kawan (pimpinan BERSATU) di sana (Kuala Lumpur) masih dalam mesyuarat, jika ada apa-apa maklumat saya akan beritahu,” katanya ketika dihubungi.

Berita berkaitan

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 8:01 PM