Muhaamad Hafis Nawawi


IBU kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Wan Azizah melawat ibunya selepas dilihat keluar dari kediaman persendiriannya di Kuala Lumpur, 8.15 malam tadi yang sedang berlangsung majlis doa selamat dan solat sunat hajat.

Beliau hanya beredar dari hospital terbabit jam 10.30 malam tadi dan pulang semula kediamannya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu yang memakai baju kurung dan bertudung putih, hanya menaiki Perodua Myvi ketika menyusuri keluar dari perkarangan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 11:31 PM