Wartawan NSTP

TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pasukannya akan meneruskan perjuangan merealisasikan agenda reformasi di negara ini.

Beliau yang kekal mengunci mulut mengenai pertemuannya dengan UMNO, PAS dan Bersatu, menegaskan pihaknya akan memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan akan menikmati kemakmuran.

“Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan untuk melaksanakan agenda reformasi dan membangunkan negara serta memberikan kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hotel Sheraton, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa berlaku pengkhianatan dalam parti itu hari ini, Mohamed Azmin hanya mengucapkan terima kasih kepada pemberita.

“Terima kasih. Terima kasih semua yang hadir,” katanya ringkas, sebelum mengulangi jawapan sama ketika ditanya mengenai hasil pertemuan dengan UMNO, PAS dan Bersatu.

Terdahulu, Mohamed Azmin bertemu dengan penyokongnya selama kira-kira sejam dalam satu pertemuan tertutup di hotel itu, sebaik selesai Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri pimpinan utama UMNO, Bersatu dan PAS.

Antara yang hadir termasuklah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Diminta mengulas pertemuan dengan penyokongnya selepas majlis makan malam itu, Mohamed Azmin menyifatkannya sebagai ‘sangat baik’.

Berita berkaitan

'Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh'

PH sudah berakhir

PH sudah berakhir

PKR masih okay

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 11:50 PM