KEADAAN di luar perkarangan Istana Negara. FOTO Aswadli Alias
KEADAAN di luar perkarangan Istana Negara. FOTO Aswadli Alias
Suzalina Halid


ISTANA Negara kembali menjadi tumpuan pagi ini, susulan perkembangan politik semasa tanah air.

Sejak 8 pagi tadi, petugas media sudah berkumpul di pintu utama Istana Negara bagi menunggu kemungkinan pertemuan pemimpin dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung kedudukan politik semasa.

Ini kerana kedudukan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Persekutuan dilihat pemerhati politik sedang berada dalam keadaan goyah dan tidak menentu.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat setakat ini, kesepakatan PH kini dilihat berada di ambang perpecahan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi mengesahkan wujud usaha menumbangkan pentadbiran PH menerusi pembentukan kerajaan dan pakatan baharu membabitkan pemimpin BERSATU dan segelintir pemimpin PKR.

Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, jam 2.30 petang ini.

Semalam, pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebilangan kepimpinan PKR, UMNO dan GPS mengadakan mesyuarat tertutup dan perjumpaan khas di lokasi berlainan sebelum mereka dilihat bertemu di Hotel Sheraton, malam tadi.

Berita berkaitan

Wan Azizah, Anwar menghadap Agong

Mungkin lantik dua atau lebih TPM

'Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan' - Azmin [METROTV]

‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh’ [METROTV]

PH sudah berakhir

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini' [METROTV]

PKR masih okay [METROTV]

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 10:58 AM