MAYAT mangsa lemas yang ditemui orang awam selepas tersangkut pada pukat nelayan di sungai berhampiran Taman Nilam, Langkawi. FOTO IHSAN BOMBA
MAYAT mangsa lemas yang ditemui orang awam selepas tersangkut pada pukat nelayan di sungai berhampiran Taman Nilam, Langkawi. FOTO IHSAN BOMBA
Hamzah Osman


SEORANG pemuda dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke sungai ketika serbuan polis di Taman Nilam, Langkawi, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa yang identiti belum dikenal pasti hilang dibawa arus, namun tiga rakannya yang turut terjun ke sungai itu sempat diselamatkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10.50 malam.

“Sejurus itu, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Tiga mangsa dapat diselamatkan dan usaha mencari seorang mangsa yang hilang sedang dijalankan dengan bantuan polis dan nelayan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, laporan awal komander operasi mengatakan empat individu terjun ke dalam sungai terbabit selepas kawasan itu di serbu polis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 1:07 PM
Digital NSTP Subscribe