X
KIT Siang hadir ke mesyuarat CEC DAP di Pudu. FOTO Hairul Anuar Rahim
KIT Siang hadir ke mesyuarat CEC DAP di Pudu. FOTO Hairul Anuar Rahim
Fahmy A Rosli


PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang menegaskan pentas politik bukan medan permainan kotor.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menempelak ahli politik tertentu yang cuba menyalahgunakan pentas politik untuk menggugat kepercayaan rakyat Malaysia yang mahu melihat negara dalam keadaan baik.

Beliau mahu pentas politik digunakan sebaik-baiknya kerana percaya itu mampu membentuk negara ke arah lebih baik.

“Wanita dan lelaki DAP ingin berbuat baik untuk negara dan rakyatnya tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

“Kita berada dalam politik kerana kita percaya bahawa politik ialah jalan yang jujur dan mulia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik untuk anak cucu kita.

“Sebenarnya, yang kotor ialah ahli politik bukan politik. Kepercayaan ini yang kita pegang,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau menulis catatan itu sebelum menyertai mesyuarat di Ibu Pejabat DAP, Jalan Pudu, di sini kira-kira 12.20 tengah hari tadi.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 1:42 PM
    Digital NSTP Subscribe