MOHAMAD Sabu. FOTO Arkib NSTP
MOHAMAD Sabu. FOTO Arkib NSTP
Wartawan NSTP


PARTI Amanah Negara (AMANAH) menegaskan terus memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan memimpin Pakatan Harapan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, semoga Allah memberi kekuatan kepada Dr Mahathir untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan Dr Mahathir untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari tadi.

Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 5:11 PM