RAMLAH Adam. FOTO arkib NSTP
RAMLAH Adam. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi ‘pentadbir’ sementara negara buat ketika ini.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa tertinggi pemerintahan negara ketika ini.

“Jika masih tidak mendapat majoriti hingga hari ini, saya percaya Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa tertinggi.

“Dua agensi kerajaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dimaklumkan berhubung isu keselamatan,” katanya.

Ramlah berkata, Yang di-Pertuan Agong juga akan melantik Perdana Menteri baharu selepas mana-mana gabungan menyenaraikan majoriti masing-masing.

“Sekarang ini kerajaan sudah terbubar, kuasa kini berada di tangan Yang di-Pertuan Agong.

“Lantikan Perdana Menteri akan dilantik selepas Yang di-Pertuan Agong menerima cadangan daripada gabungan yang mempunyai majoriti,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 6:00 PM