SUHAIZAN Kajat. FOTO Zain Ahmed
SUHAIZAN Kajat. FOTO Zain Ahmed
Mohamed Farid Noh


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 5 Mac ini mungkin ditangguhkan jika berlaku perubahan politik negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, beliau kini sedang meneliti perkembangan politik semasa sebelum membuat keputusan menangguhkan sidang DUN.

“Saya akan menilai perkembangan semasa dan mendapatkan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri sama ada sidang boleh dilaksana atau perlu ditangguhkan.

“Keputusan muktamad akan dibuat lima hari sebelum tarikh persidangan bermula iaitu 5 Mac depan.

“Setakat ini urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berjalan seperti biasa namun jika pihak Eksekutif iaitu Menteri Besar, memaklumkan terdapat perubahan kerajaan sedia ada dalam masa terdekat, penangguhan sidang akan dilaksanakan, ” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad yang dilaporkan berkata BN Johor mampu meraih sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan, Suhaizan berkata,ia perlu dilakukan mengikut proses undang-undang.

“Sebarang dakwaan mana-mana pihak tidak terpakai di DUN namun ia perlu dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Johor termasuk mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 2:07 PM
    Digital NSTP Subscribe