Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan suratcara pelantikan kepada Datuk Abang Iskandar Abang Hashim. FOTO BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan suratcara pelantikan kepada Datuk Abang Iskandar Abang Hashim. FOTO BERNAMA
BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap dan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, di Istana Negara di sini.

Pelantikan Abang Iskandar, 61, yang berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara pada 20 Februari lalu.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu, turut dihadiri Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Abang Iskandar sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah memegang beberapa jawatan lain seperti Hakim Mahkamah Rayuan selama lima tahun, sejak 2013.

Beliau adalah anak kelahiran Sibu, Sarawak memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada 1983, sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 4:06 PM
Digital NSTP Subscribe