X
KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diiringi Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Ke-15 Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, pada Oktober 2018. FOTO Malai Rosmah Tuah
KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diiringi Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Ke-15 Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, pada Oktober 2018. FOTO Malai Rosmah Tuah
Rafiqah Dahali


NAIB Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Dr Ewon Ebin mengetuai kira-kira 5,000 ahli keluar parti hari ini.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ahli Parlimen Ranau itu berkata, tindakan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama pemimpin bahagian Ranau.

“Keputusan kami untuk meninggalkan UPKO adalah disebabkan beberapa faktor termasuk kegagalan pimpinan parti menangani masalah pendatang tanpa izin (Pati) dan pendirian kepimpinan tertinggi sentiasa berubah mengenai isu itu.

“Walaupun kerajaan negeri memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS), terdapat kenyataan dari menteri Kabinet dan pemimpin bahawa kerajaan akan memperbaikinya supaya lebih diterima oleh rakyat,” katanya.

Ewon dalam kenyataannya hari ini juga berkata parti terbabit juga sudah lari dari matlamat asal penubuhannya.

“Hala tuju dan asas UPKO hari ini sudah lari dari matlamat asal penubuhannya iaitu mempertahankan dan melindungi kebajikan hak ahli dan rakyat Sabah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan terdapat satu dokumen baharu dikenali sebagai Pas Sementara Sabah (PSS) akan dikeluarkan kepada warga asing yang memegang dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci di Sabah berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Mohd Shafie Apdal mengumumkan kerajaan negeri membuat keputusan untuk membatalkan pelaksanaan PSS selepas Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Kimanis, Januari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 5:04 PM
    Kabinet Malaysia 2020