X
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA pekerja tapak pembinaan kondominium di Mont Kiara, di Kuala Lumpur cedera selepas berlaku runtuhan di tingkat lapan bangunan berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada seorang penduduk tempatan jam 3.10 petang.

“Siasatan awal mendapati tapak projek itu masih dalam pembinaan dan berlaku runtuhan kecil di tingkat lapan bangunan berkenaan.

“Dua pekerja binaan lelaki cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihaknya kemudian menerima satu laporan daripada pihak pemaju mengenai runtuhan itu jam 1.24 tengah hari.

“Punca kejadian itu masih dalam siasatan. Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 0322979222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 5:08 PM
Kabinet Malaysia 2020