WONG YAN KE
WONG YAN KE
Nurul Hidayah Bahaudin


GRADUAN mencetuskan kontroversi dengan melakukan protes ketika Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Kali Ke-59, 14 Oktober tahun lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Wong Yan Ke, 24, berkata, dia dihubungi pihak polis yang memberitahu akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Katanya, dia akan hadir bersama peguam yang dilantik ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

“Saya tidak menyesal dengan tindakan itu (protes). Saya hanya menyuarakan pendapat mengikut hak yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pendakwaan itu adalah penindasan bersifat ugutan daripada pihak tertentu yang dikaitkan dengan isu penubuhan kerajaan ‘pintu belakang’,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 14 Oktober tahun lalu, Yan Ke yang juga graduan kejuruteraan awam bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazahnya ketika berada di atas pentas pada sidang konvokesyen universiti itu.

Graduan terbabit turut melaungkan perkataan itu sambil menjerit, “ini tanah Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 8:42 PM
Kabinet Malaysia 2020