AHLI Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas KL Hop-on Hop-Off di luar perkarangan pintu Istana Negara 2 untuk bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD
AHLI Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas KL Hop-on Hop-Off di luar perkarangan pintu Istana Negara 2 untuk bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD
Suraya Roslan


SESI pendengaran kedua Ahli Parlimen di depan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini bermula 11 pagi.

Seramai 39 Ahli Parlimen PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan menaiki bas pada 10.40 pagi.

Sebaik tiba, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengerumuni bas dan melaungkan perkataan ‘Reformasi’.

Selain itu, turut kelihatan adalah Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekitar 9.35 pagi dan meninggalkan istana 11.05 pagi tadi.

Malah, lapan kenderaan membawa Ahli Parlimen tiba pada 10.20 pagi.

Hari ini, 131 ahli parlimen dijangka bertemu Al-Sultan Abdullah.

Bagaimanapun, semua Ahli Parlimen itu tidak mengikut parti dengan pertemuan secara bersemuka dan rawak itu dilakukan mengikut kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Sesi temu bual antara Ahli Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong itu julung kali diadakan, bertujuan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 11:37 AM