SALAHUDDIN tiba dari pekarangan Pintu Dua Istana Negara. FOTO Bernama
SALAHUDDIN tiba dari pekarangan Pintu Dua Istana Negara. FOTO Bernama
Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhammad Yusri Muzamir

PEMIMPIN Parti Amanah Negara (AMANAH) mula memasuki Istana Negara untuk mengadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilihat tiba di pintu dua Istana Negara, Kuala Lumpur pada 11.56 pagi.

Ia diikuti Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang dilihat memasuki Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 12 tengah hari.

Beliau turut diiringi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Salahuddin Ayob; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Turut kelihatan, 10 lagi kenderaan dipercayai membawa Ahli Parlimen dilihat tiba di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 11.58 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 1:12 PM