PPM Wilayah Dua Johor merampas 993 burung murai batu dan murai kampung bernilai RM 487,160 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Jalan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Kota Tinggi, awal pagi tadi. FOTO Ihsan PPM W2

Nurul Amanina Suhaini

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan tiga lelaki tempatan yang cuba menyeludup burung murai bernilai RM487,160 ke negara jiran pada serbuan di Jalan Teluk Ramunia, Sungai Rengit di Kota Tinggi, awal pagi, hari ini.

Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, ketiga-tiga suspek berusia 38 hingga 50 tahun ditahan pada serbuan 1.30 pagi menerusi Ops Landai.

“Pada serbuan dijalankan 15 anggota Unit Risik PPM, kami menahan Perodua Alza dan van jenis Mazda yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan menemui raga berisi pelbagai jenis burung dilindungi membabitkan 442 murai batu dan 551 murai kampung.

“Dua kenderaan terbabit pula bernilai kira-kira RM55,000,” katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, suspek dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Pengerang untuk proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 3:25 PM