Wartawan NSTP

SULTAN Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah, hari ini perkenan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar negeri itu.

Mukhriz berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan dan Bersatu menyatakan sokongan supaya dia kekal sebagai MB Kedah.

Mereka sepakat supaya kerajaan negeri dikekalkan dengan gandingan sedia ada, katanya.

MUKHRIZ dilihat keluar dari kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon untuk menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman. FOTO Bernama
MUKHRIZ dilihat keluar dari kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon untuk menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman. FOTO Bernama

Mukhriz turut mengumumkan bahawa tiada rombakan barisan exco bagi kerajaan negeri Kedah.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh), Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua).

Berita lanjut menyusul

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 12:48 PM