TINDAKAN pantas seorang guru dan seorang bapa murid bukan sahaja menyelamatkan dua nyawa, malah turut mengelakkan kuarters guru Sekolah Kebangsaan Batang Ai di sini, musnah terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.29 pagi itu, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 35 tahun diselamatkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian membabitkan sebuah bilik tidur kuarter guru terbabit.

“Tindakan awal seorang guru dikenali John Ali serta seorang bapa kepada murid pra-sekolah dengan memadamkan kebakaran dan memindah penghuni rumah terbabit menyelamatkan nyawa dan kemusnahan harta benda dari kebakaran.

“Kebakaran awal berjaya dipadamkan oleh kedua-dua lelaki itu dengan menggunakan 13 unit alat pemadam api sebelum dibantu penghuni lain sekali gus menghalang api merebak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, katanya kebakaran berjaya dipadamkan dengan hanya 50 peratus daripada bahagian bilik itu terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 8:16 PM
Digital NSTP Subscribe