Anwar dan Wan Azizah hadir ke mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH di Petaling Jaya malam ini. Foto Bernama
Anwar dan Wan Azizah hadir ke mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH di Petaling Jaya malam ini. Foto Bernama
Nurul Hidayah Bahaudin

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel di Petaling Jaya malam ini.

Anwar ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di hotel itu pada 8.55 malam.

Turut kelihatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad.

Difahamkan, mesyuarat itu akan membincangkan isu dalaman parti dan situasi politik negara.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 10:09 PM
    Digital NSTP Subscribe