PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang . FOTO SUPIAN AHMAD.
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang . FOTO SUPIAN AHMAD.
Zatul Iffah Zolkiply


PAS menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada menjadi Perdana Menteri.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia memandangkan Dr Mahathir sudah hilang sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Kami pernah cadang buat usul kepercayaan pada Tun Mahathir di Dewan Rakyat, tapi tak dapat respon positif daripada DAP, PKR dan UMNO.

“Jadi, lebih baik serah kepada rakyat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) sebab kecelaruan politik.

“PAS bersedia sekiranya pilihan raya diadakan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat usaha membeli undi daripada mana-mana parti, Abdul Hadi berkata, rakyat perlu diberi mandat untuk memilih dalam PRU.

“Diberitakan begitulah (usaha beli undi), jadi baik serah pada rakyat, kalau nak beli, beli undi rakyat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 11:21 AM