JEMAAH umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas kerajaan Arab Saudi menggantung kemasukan untuk mengerjakan umrah buat sementara waktu. FOTO arkib NSTP
JEMAAH umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas kerajaan Arab Saudi menggantung kemasukan untuk mengerjakan umrah buat sementara waktu. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memuji tindakan kerajaan Arab Saudi menggantung sementara visa umrah dan pelancong bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Katanya, tindakan Arab Saudi itu tepat dan selari berdasarkan sebuah hadis dibacakan Abd al-Rahman Auf kepada Saidina Umar dalam menangani sesuatu wabak.

“Tahniah kepada kerajaan Arab Saudi atas tindakan yang tepat.

“Insya-Allah, semoga jemaah umrah akan dapat kembali ke Makkah dan Madinah dengan selamat.

“Semoga Allah SWT hindarkan kita semua dan selamatkan daripada wabak ini. Amin,” katanya dalam petikan di laman Facebook rasminya hari ini.

Semalam, kerajaan Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara visa umrah dan pelancongan sebagai langkah kawalan penularan wabak Covid-19.

Tindakan serta-merta itu, mengakibatkan kira-kira 4,000 jemaah Malaysia yang mahu mengerjakan umrah terkandas di Makkah dan Madinah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 11:41 AM
    Digital NSTP Subscribe