Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa selain mengagihkan makanan kepada petugas media yang ‘berkampung’ di kediamannya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur, malam ini.

Muhyiddin dilihat keluar dari kediamannya pada 8.15 malam sebelum menyerahkan makanan segera kepada petugas media.

Beliau turut turut bertanya khabar kepada pihak media .

"Dah berapa hari dah (berkampung), dua hari?," katanya.

Muhyiddin mengagihkan makanan kepada pihak media yang berkampung di pekarangan kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur malam ini. Foto Asyraf Hamzah
Muhyiddin mengagihkan makanan kepada pihak media yang berkampung di pekarangan kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur malam ini. Foto Asyraf Hamzah

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepemimpinan parti sejak awal pagi semalam.

Terdahulu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara, pada 10.30 pagi.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu kepada beliau di Singgahsana Kecil Istana Negara.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 9:08 PM