Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di sebuah pondok menjual ikan di persimpangan Jalan Kuala Baram, Miri, pagi tadi. FOTO POLIS
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di sebuah pondok menjual ikan di persimpangan Jalan Kuala Baram, Miri, pagi tadi. FOTO POLIS
Norsyazwani Nasri


BAYI lelaki masih bertali pusat ditemui seorang wanita ditinggalkan di sebuah gerai menjual ikan berdekatan Taman Buaya di persimpangan Jalan Kuala Baram di Miri, pagi hari ini.

Ketika ditemui 10 pagi itu, bayi seberat 2.9 kilogram itu dalam keadaan dibungkus dengan kain batik.

Wanita terbabit memaklumkan penemuan bayi itu kepada seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Doktor mengesahkan bayi itu baru sahaja dilahirkan, cukup sifat dan sihat.

“Kami turut memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung penemuan ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 7:47 PM