GAMBAR tular menunjukkan kakitangan sedang membersihkan sekitar di Klinik Luyang, Kota Kinabalu.
GAMBAR tular menunjukkan kakitangan sedang membersihkan sekitar di Klinik Luyang, Kota Kinabalu.
Juwan Riduan

ORANG ramai di negeri ini tidak perlu bimbang dengan gambar yang tular menunjukkan kerja pembersihan dilakukan di Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu.

Gambar yang tular sejak semalam yitu menunjukkan kerja pembersihan sedang dijalankan di klinik berkenaan oleh kaki tangan berpakaian lengkap mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, kerja pembersihan itu hanya prosedur biasa dan juga sebagai latihan bagi kakitangan klinik dalam melaksanakan prosedur pencegahan virus.

“Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai situasi itu kerana ia prosedur dan latihan pembersihan yang dijalankan di klinik kesihatan.

“Langkah itu juga sebagai tindakan untuk berdepan wabak Covid -19 bagi memastikan latihan cara pemakaian seragam pelindung yang betul,” katanya di sini, hari ini.

GAMBAR tular menunjukkan kakitangan sedang membersihkan sekitar di Klinik Luyang, Kota Kinabalu.
GAMBAR tular menunjukkan kakitangan sedang membersihkan sekitar di Klinik Luyang, Kota Kinabalu.

Frankie berkata, dengan latihan berkenaan, orang awam yang diletakkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI) dapat menjalani rawatan mengikut prosedur yang sepatutnya di klinik itu.

“Orang ramai diminta supaya tidak mudah panik dengan sebarang maklumat yang tular di media sosial,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 8:33 PM
    Digital NSTP Subscribe