ZULKIFLI. FOTO Nazri Abu Bakar
ZULKIFLI. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


GABUNGAN Kesatuan-Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) menyambut baik langkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Presiden GAKUM, Zulkifli Mohamed berkata, ia memberi impak berkesan kepada pengawasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara lebih berfokus.

Katanya, langkah berkenaan memberi impak berkesan kepada usaha negara sebagai hab pendidikan dunia pada masa akan hadapan.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

“Kami percaya dengan pengalaman luas termasuk dalam bidang pentadbiran kerajaan terdahulu selain Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memastikan kemampuannya untuk terus memacu IPT ke arah kecemerlangan, berkebajikan dan bertaraf dunia,” katanya.

Menurutnya, GAKUM berikrar akan terus memberikan sokongan dan dokongan kepada kepada kerajaan serta menteri terbabit.

Beliau yang juga Timbalan Presiden II CUEPACS berkata, gabungan berkenaan berharap kerjasama strategik di antara KPT dan GAKUM akan berjalan dengan lebih baik lagi bagi menyemarakkan kesejahteraan dan kegemilangan dunia pendidikan di negara ini.

  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu

  • Barisan Kabinet baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 7:51 PM