ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan Bomba.
Zuliaty Zulkiffli


LELAKI meninggal dunia selepas kereta dipandunya berlanggar dengan lori sebelum terbabas ke dalam tali air di Jalan Sungai Korok dekat Gunung Keriang, Alor Setar hari ini.

Mangsa berusia 60-an tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 2.47 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Fisol Kadir bersama sembilan anggota dikerah ke lokasi.

“Mangsa dikeluarkan dalam tempoh 12 minit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi,” katanya.

Difahamkan kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Corolla dipandu mangsa berlanggar dengan lori 10 tan sebelum terjunam ke tali air.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 6:50 PM
Digital NSTP Subscribe