FOTO Ihsan Instagram Istana Negara
FOTO Ihsan Instagram Istana Negara
Amir Abd Hamid


YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harus di Istana Negara, hari ini.

Istana Negara dalam status di Instagram (IG) rasmi istana_negara memaparkan gambar Al-Sultan Abdullah bersama Idrus dan menyatakan majlis menghadap itu adalah yang pertama selepas Idrus dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac lalu.

Media melaporkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 6 Mac lalu mengenai Hakim Mahkamah Persekutuan, Idrus dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Ia selaras dengan fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Idrus sebagai Peguam Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 6:00 PM