AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Mohamed Farid Noh


TIGA anggota polis Kontinjen Johor dikuarantin 14 hari berikutan disyaki dijangkiti wabak Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat anggotanya yang disyaki dijangkiti wabak itu namun seorang daripadanya selesai menjalani kuarantin 14 hari di Hospital Permai di sini, dan disahkan negatif.

“Namun tiga lagi anggota sedang menjalani kuarantin 14 hari di rumah masing-masing bermula 13 dan 16 Mac.

“Ketiga-tiga anggota yang masih dikuarantin itu menghadiri Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling yang diadakan dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Katanya, langkah pengkuarantinan berkenaan tidak akan menjejaskan operasi polis Johor berikutan ia hanya bilangan yang kecil.

Ayob Khan berkata, polis Johor akan terus berwaspada dan mengamalkan semua langkah pencegahan disaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan wabak itu menular di kalangan anggotanya.

Ahad lalu, Menteri Kesihatan,Datuk Seri Adham Baba dilaporkan berkata, siasatan awal Kementerian Kesihatan mendapati kebanyakan kesan baharu positif Covid-19 adalah berkaitan dengan kluster Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 10:16 PM