X
Muhaamad Hafis Nawawi


SERAMAI 274 rakyat Malaysia terkandas di India setakat 9 pagi ini susulan keputusan Kerajaan India kerana kebimbangan terhadap penularan Covid-19.

Daripada jumlah itu, 73 orang terkandas di Delhi, 200 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirappalli dan seorang di Mumbai.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau ambil maklum ramai rakyat Malaysia terkandas dan hadapi masalah untuk dapatkan penerbangan pulang dari India.

PETIKAN video tular mengenai rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di India.
PETIKAN video tular mengenai rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di India.

Katanya, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang pegawai daripada pihak berkuasa India mengatakan ini keputusan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar.

“Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, sememangnya rakyat kita dibenar pulang ke tanah air. Mereka hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas pulang.

“Diharapkan mereka yang terkandas bertenang. Walaupun ini di luar bidang kuasa kita dan perlu bergantung kepada budi bicara kerajaan luar (India) untuk memberi kebenaran kepada rakyat kita pulang, Wisma Putra akan bantu yang terdaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, pihaknya telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di sana dan Taskforce Covid-19 Wisma Putra sedang meneliti usaha yang boleh untuk membantu, cari penyelesaian mereka yang ingin pulang ke Malaysia.

“Kepimpinan tertinggi MIC juga telah menghubungi saya dan berikrar untuk bantu secara langsung, Insya Allah ada jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang terkandas di India boleh hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di talian +91 11 2415 9300 atau email [email protected].

Juga Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di talian (91 44)2433 4434/35/36 atau email [email protected] selain, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai di talian 00 9122 2645 5751/52/55 atau email [email protected].

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 11:23 AM
    Digital NSTP Subscribe