GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menimbang sebarang permohonan penangguhan pembayaran balik pembiayaan daripada koperasi yang terkesan dengan kerugian akibat penularan wabak Covid-19.

Dalam kenyataan dikeluarkan, SKM memaklumkan pihaknya menyedari kesulitan dialami koperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai langkah pencegahan penularan wabak ini.

“Selain tangguh pembayaran, peminjam juga boleh membuat penjadualan semula ke atas pembiayaan Tabung Modal Pusingan TMP-JPK atau pembiayaan yang dikeluarkan oleh SKM bagi membantu memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas dengan penularan wabak ini.

“Dalam pada itu, koperasi yang mengeluarkan pembiayaan peribadi, pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) dan mikro kredit kepada anggotanya juga digalakkan untuk menawarkan penangguhan pembayaran balik terutama kepada mereka yang berdepan dengan masalah kewangan,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan SKM melalui aplikasi WhatsApp Hotline SKM di talian 019-2445339 atau emel [email protected].

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 3:56 PM
    Digital NSTP Subscribe