Gambar FB Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
Gambar FB Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
Malik Muhamad


JABATAN Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) menangguhkan 600 kes pendakwaan dan perbicaraan, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu lalu hingga 31 Mac.

Semua kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah negeri itu juga ditangguhkan operasi sehingga tempoh PKP berakhir.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, penangguhan kes sudah dimaklumkan kepada semua pihak yang terbabit.

“Semua kes permohonan pembubaran perkahwinan yang ditetapkan tarikh pendengaran dan perbicaraan dalam tempoh PKP ditangguhkan.

“Turut ditangguhkan kes pengesahan perkahwinan luar negara, kes tuntutan harta dan nafkah serta kes jenayah syariah.

“Notis penangguhan disampaikan oleh pihak Mahkamah Syariah kepada semua pihak yang terbabit,” katanya, hari ini.

Wan Mohd Zakri berkata, setakat ini, kes yang ditetapkan pada 1 April hingga 30 April akan berjalan seperti biasa.

Daripada jumlah kes berkenaan, 50 membabitkan pendengaran di mahkamah syariah di daerah, 150 di Kuala Terengganu dan 140 kes di Mahkamah Tinggi Syariah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 9:20 AM
    Digital NSTP Subscribe