GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Nurul Hidayah Bahaudin


JUMLAH kemalangan termasuk kemalangan maut sepanjang dua hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan penurunan ketara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, penurunan jumlah kemalangan sepanjang dua hari terbabit di seluruh negara adalah melebihi 50 peratus.

“Sebagai contoh, sebanyak 612 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara, semalam berbanding jumlah purata harian pada hari biasa adalah 1,500 kes sehari.

“Bagi kemalangan maut pula, tujuh kes dicatatkan semalam berbanding antara 16 hingga 17 jumlah purata kes setiap hari pada hari biasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azisman berkata, jalan raya di seluruh negara didapati lenggang dan aliran trafik amat lancar.

“Berdasarkan keadaan semasa, kami menjangkakan jumlah keseluruhan kenderaan akan berkurangan sehingga 75 peratus sepanjang tempoh perlaksanaan PKP berbanding hari biasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 4:41 PM
    Digital NSTP Subscribe