Sri Ayu Kartika Amri


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan ditugaskan membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini bagi memastikan kelancaran dalam membasmi penularan wabak Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan sokongan ATM itu akan bermula Ahad ini pada jam 12.01 tengah malam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa sepertimana keperluan dalam PKP.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah terbabit,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 6:54 PM
    Digital NSTP Subscribe