KAWASAN jerami yang terbakar di Kampung Alor Merah, Jalan Sekolah, Alor Setar membabitkan keluasan sembilan hektar. FOTO Ihsan bomba
KAWASAN jerami yang terbakar di Kampung Alor Merah, Jalan Sekolah, Alor Setar membabitkan keluasan sembilan hektar. FOTO Ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli

PASUKAN bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran jerami membabitkan kawasan seluas sembilan hektar di Kampung Alor Merah, Jalan Sekolah, Alor Setar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.56 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria dikejarkan ke lokasi.

Katanya, operasi turut dibantu sembilan anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya dan Mutiara.

“Anggota bomba berjaya melakukan pemadaman sekali gus dapat mengelak api merebak ke kawasan perumahan berdekatan.

“Bagaimanapun, kebakaran itu tidak membabitkan sktruktur bangunan dan mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 7:44 PM
Kabinet Malaysia 2020