Gambar fail, guru Kafa mengajar murid cacat pendengaran di Kuala Lumpur. FOTO Arkib NSTP.
Gambar fail, guru Kafa mengajar murid cacat pendengaran di Kuala Lumpur. FOTO Arkib NSTP.
Yusmizal Dolah Aling


SERAMAI 35,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tetap menerima elaun penuh RM1,000 bagi Mac meskipun tiada sesi pembelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff berkata, keputusan itu dibuat kerajaan bagi membantu guru yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa hingga 31 Mac.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bersetuju supaya pembayaran penuh ini dilaksanakan.

“Inisiatif ini juga selari dengan hasrat menteri yang sebelum ini melancarkan kempen Musaadah Covid-19 bagi membantu mereka yang terjejas dengan isu berkenaan,” katanya.

Semalam, Jakim turut mengumumkan 4,000 guru takmir masjid lantikan jabatan itu di seluruh negara menerima elaun penuh sepanjang pelaksanaan PKP.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 10:49 AM
    Digital NSTP Subscribe