Gambar fail, Pasar Siti Khadijah dibenar beroperasi hingga 2 petang. Arkib NSTP.
Gambar fail, Pasar Siti Khadijah dibenar beroperasi hingga 2 petang. Arkib NSTP.
Hazira Ahmad Zaidi


MULAI hari ini, semua premis perniagaan di Kota Bharu hanya dibenarkan beroperasi sehingga 7 malam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani Covid-19.

Katanya, tempoh beroperasi yang bermula 7 pagi itu diguna pakai ke atas kedai makan termasuk perkhidmatan penghantaran, pandu lalu (drive-thru) dan bungkus, selain pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak, klinik dan farmasi.

Manakala, pasar awam hanya boleh beroperasi hingga 2 petang.

“Arahan ini mula berkuat kuasa pada hari ini selaras dengan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan tertakluk kepada perubahan terkini dari semasa ke semasa.

“Kegagalan mematuhi arahan ini adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memohon kepada semua pihak agar mematuhi arahan itu yang sekali gus membantu usaha mengekang penularan virus Covid-19.

“Sepanjang tempoh PKP ini kita sentiasa mengadakan rondaan di premis-premis perniagaan di sekitar Kota Bharu dan buat masa ini tiada lagi peniaga yang disaman kerana ingkar.

“Mereka dinasihati untuk patuh arahan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 11:16 AM
    Digital NSTP Subscribe