FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Balqis Jazimah Zahari


JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) mengarahkan semua majlis akad nikah di Perak ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa serta-merta.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, arahan berkenaan selari dengan perintah bagi membendung penularan wabak Covid-19 terbabit.

“Semua majlis akad nikah sepanjang tempoh PKP hendaklah ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Mohd Yusop berkata, semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) perlu memberi kerjasama untuk mengambil maklum arahan berkenaan dan tindakan selanjutnya mengikut daerah masing-masing

“Semua PTA juga perlu memaklumkan kepada jurunikah di bawah mereka mengenai arahan berkenaan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 2:59 PM
    Digital NSTP Subscribe