AHMAD Yakob. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AHMAD Yakob. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


KERAJAAN negeri Kelantan menyediakan insentif kepada mangsa yang dijangkiti Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bayaran sebanyak RM300 akan disalurkan untuk satu keluarga pesakit golongan B40 yang didapati positif virus berkenaan.

Katanya, selain itu bayaran sebanyak RM300 turut diberikan untuk satu keluarga golongan B40 yang diletakkan di bawah pengawasan berpusat akibat Covid-19.

“Manakala, bayaran sebanyak RM500 pula akan diberikan kepada waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia, bukan peserta Skim Kifaalah Kerajaan negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kelantan mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM5 juta bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Peruntukan itu bagi meringankan beban rakyat kurang berkemampuan akibat kesan penularan wabak terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 7:12 PM
    Digital NSTP Subscribe