Gambar fail, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. FOTO Arkib NSTP.
Gambar fail, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. FOTO Arkib NSTP.
Noor Hidayah Tanzizi


PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan bermula pada 14 April ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu ditetapkan kemudian.

Speaker DUN Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham berkata, penangguhan itu atas permintaan pejabat Menteri Besar Perak dan sudah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sehingga kini, Perak masih belum mempunyai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula menggalas jawatan Menteri Besar Ke-13.

Media sebelum ini melaporkan, UMNO Perak sudah menyerahkan enam nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka untuk dilantik sebagai Exco, manakala PAS mengemukakan tiga ADUN untuk dipertimbangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 12:23 PM
Digital NSTP Subscribe