Anggota polis, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang rebah ketika menjalankan tugas Ops Covid-19 meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi di Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO Ihsan PDRM
Anggota polis, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang rebah ketika menjalankan tugas Ops Covid-19 meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi di Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO Ihsan PDRM
Zuliaty Zulkiffli


ANGGOTA polis yang pitam ketika menjalankan pemeriksaan dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Kepala Batas, Alor Setar pada Sabtu lalu, meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, menghembuskan nafas terakhir pada 5.20 pagi selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Beliau bagaimanapun menafikan anggota yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas itu meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, sebaliknya penyakit darah tinggi.

Dalam kejadian Sabtu lalu, anggota polis terbabit dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan operasi berkenaan sebelum dikejarkan ke HSB untuk rawatan.

Allahyarham ketika itu dikatakan mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala terjatuh di lokasi kejadian.

Pihak polis kemudian menafikan anggota terbabit dijangkiti Covid-19 seperti yang ditular melalui media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 3:01 PM