X
 Datuk Dr Yusof Yacob.
Datuk Dr Yusof Yacob.
Rafiqah Dahali


KEMENTERIAN Pelajaran dan Inovasi Sabah sudah menghubungi penuntut institut pengajian tinggi dari Sabah yang belajar di luar negara, terutama di negara terjejas dengan penularan koronavirus baharu (Covid-19).

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pihaknya mengesahkan keadaan penuntut Sabah di luar negara dalam keadaan baik.

“Kami berasa lega kerana mereka dalam keadaan selamat dan menjalani perintah berkurung di rumah kediaman dan asrama masing-masing. Universiti dan kolej tempat mereka melanjutkan pengajian juga telah ditutup.

“Pihak kementerian juga difahamkan ada beberapa penuntut Sabah yang menuntut di luar negara selamat tiba di Kota Kinabalu dan berada dalam keadaan sihat.

“Ada juga isu pelajar yang ingin pulang ke Sabah tetapi tidak digalakkan dan dinasihatkan untuk terus kekal di tempat masing-masing sepanjang tempoh perintah berkurung ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusof turut memaklumkan, Kedutaan Malaysia juga turut memantau keadaan pelajar Malaysia di perantauan ketika ini.

Majoriti pelajar Sabah yang sedang menuntut di luar negara yang turut terjejas dengan Covid-19 ini membabitkan United Kingdom, Mesir dan India.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 5:46 PM
    Digital NSTP Subscribe