GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Hidayah Bahaudin


KANAK-KANAK lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 16 di Flat Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.30 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain seorang diri di bahagian dapur rumahnya dengan memanjat kerusi dan mesin basuh.

“Mangsa yang juga anak angkat pemilik kediaman berkenaan dipercayai terjatuh ke luar di ruang pagar belakang rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 5:57 PM