MANGSA ditemui selepas 40 minit operasi SAR dijalankan. FOTO ihsan bomba
MANGSA ditemui selepas 40 minit operasi SAR dijalankan. FOTO ihsan bomba
Hazira Ahmad Zaidi


REMAJA lelaki ditemui lemas di Sungai Kampung Tualang, Kuala Krai, petang tadi.

Difahamkan dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, Ahmad Idani Baharom, 16, bersama beberapa rakannya mandi di sungai berkenaan sebelum mangsa hilang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Noor Zaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang.

“Seramai empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas.

“Selepas hampir 40 minit operasi SAR dilakukan, mangsa ditemui oleh orang awam pada jarak 60 meter dari lokasi dia dipercayai hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk dibedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 8:37 PM