PLAZA Tol Sungai Besi lengang pada waktu puncak ketika tinjauan semalam. FOTO Aizuddin Saad
PLAZA Tol Sungai Besi lengang pada waktu puncak ketika tinjauan semalam. FOTO Aizuddin Saad
Raja Noraina Raja Rahim


TAHAP pematuhan masyarakat bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencapai 92 peratus, hari ini, berbanding 62 peratus pada hari pertama pelaksanaannya

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, 234,660 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya yang dilakukan di seluruh negara.

“Agak sukar untuk kita memastikan orang ramai mematuhi pergerakan dibenarkan di bawah PKP.

"Saya minta masyarakat memahami perintah dan ia memerlukan pengorbanan semua, jangan pentingkan diri sendiri.

“Sebagai contoh sekatan jalan raya yang dilakukan di Sungai Buloh semalam, ada yang ditanya mahu ke mana mereka beri alasan beli makanan di Sungai Buloh tetapi alamat di Shah Alam. Ada juga yang keluar rumah untuk membeli alat pertukangan. Dalam situasi itu, kita halau balik,” katanya dalam satu temubual khas sempena Hari Polis Ke-213 di Selamat Pagi Malaysia (SPM), hari ini.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP dan pihaknya tidak akan teragak-agak menahan individu yang melanggar perintah berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 1:04 PM