BANGUNAN Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Bukit Palah. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Bukit Palah. FOTO arkib NSTP
Nazri Abu Bakar


MAJLIS Agama Islam Melaka (MAIM) meluluskan tambahan RM100,000 bagi bantuan kecemasan (makanan) bukan kategori asnaf, tetapi dalam kategori B40.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan di Melaka, hari ini berkata, merujuk kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, MAIM melalui Mesyuarat Khas Berkaitan Covid-19 meluluskan bantuan tambahan kecemasan terbabit bagi pemohon bukan dalam kategori asnaf, tetapi dalam kategori B40.

“Menerusi peruntukan tambahan terbabit menjadikan jumlah keseluruhan diperuntukkan MAIM bagi membantu mengurangkan beban golongan sasar berjumlah RM150,000.

“Selain itu, MAIM membuka Bilik Gerakan Covid-19 yang sudah beroperasi sepenuhnya sejak 20 Mac 2020,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi dan laman Facebook (FB) rasmi MAIM.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 7:29 PM